Kegiatan sastera Zakaria Hitam

Beliau aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang. Beliau juga ahli Lembaga Muzium Negari Pahang, Ahli Folklore Society dan Oriental Ceramic di United Kingdom.

Pak Zek minat mengumpulkan cerita rakyat semenjak puluhan tahun. Lebih dari 200 karya telah diterbitkan. Karyanya ‘Si Bijak Di Hutan’ memenangi hadiah UNESCO pada 1967. Sebuah karyanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Sterling Press, New Delhi berjudul The Folktales of Malaysia (1979). 40 buah buku cerita rakyat usahanya telah diterbitkan.

Beliau dianugerah "Budayawan Negara" oleh GAPENA pada 1978.Jun 1982 beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sastera oleh Universiti Malaya. Sempena Seminar Perlindungan dan Perkembangan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Negeri Pahang 1983 Pak Zek diangkat sebagaiBapa Sastera Rakyat Pahang.

Tahun 1986 Pak Zek dipilih sebagai Tokoh Budaya Pahang dan pada 24 Oktober 1987 telah dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang.

Minatnya kepada sastera rakyat menyebabkan beliau setandingan dengan Dr W.Linehan dan R.O Winstedt .